7.10.15
Assalamualaikum
w.b.t
Hari
ini merupakan minggu kelima untuk perjumpaan kelas CTU, dan kami belajar
mengenai perjanjian azali manusia dengan Allah s.w.t, sebab manusia lupa dan
juga masuk ke topik pertama kami dalam pengajian CTU iaitu KONSEP DAN ASAS
HUBUNGAN ETNIK. Refleksi yang Izzatul dapat untuk kelas CTU kali ini ialah semua
manusia datang dari Allah, jadi kita tidak perlu ada sifat cemburu atau
merendah diri terhadap orang lain dan kita perlu kenal dulu seseorang sebelum
judge mereka atau membuat sebarang andaian terhadap mereka. Seterusnya, bagi
Najaa pula, hidup ini sebenarnya milik Allah SWT , dia lebih mengetahui apa
yang terbaik buat hambanya jadi kita sebagai hamba Allah haruslah sedar siapa
kita, tak perlu rasa rendah diri, tak perlu angkuh dan tak perlu nak mencurigai
apa jua yang Allah sudah tentukan. Setiap perancangan Allah semuanya mempunyai
hikmah. Selain itu, Maziyyah pula berpendapat Allah menjadikan manusia dengan
sifat pelupa agar kita sentiasa beringat akan penciptaNya dan juga Allah
jadikan pelbagai bangsa untuk kita berkenalan dan perkenalan itu diniatkan
kerana Allah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan