Assalamualaikum w.b.t
Maziyyah Binti Ibrahim (2014203798)
Refleksi saya pada hari ini menumpukan kepada betapa gemilangnya Melayu pada zaman dahulu. Melayu pada ketika itu sangatlah harmoni dan bersatu padu malah ketakwaan pada Allah sangat tinggi. Selain itu, keadaan Tanah Melayu pada zaman dahulu merupakan kawasan strategik dan mempunyai sumber yang banyak seperti bijih timah, kelapa sawit dan sebagainya merupakan faktor orang luar datang berdagang ke sini. Betapa hebatnya Tanah Melayu pada ketika itu.
Perlembagaan merupakan sumber undang-undang tertinggi sesebuah negara dan tidak boleh dipertikaikan. Kita sebagai orang Melayu harus bersyukur kerana masih lagi terdapat hak-hak Melayu yang masih terjaga dan wujud dalam Perlembagaan. Antaranya ialah Perkara 153 menerangkan tentang kedudukan istimewa orang-orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak. Hal ini menunjukkan bahawa hak-hak Melayu masih terjaga dan secara tidak langsung membantu orang Melayu dalam menaikkan semula martabat masyarakat Melayu serta membantu dari segi ekonomi. Ada sesetengah pihak yang kurang berpuas hati kerana Perlembagaan berpihak lebih kepada Melayu. Walaubagaimanapun, mereka tidak boleh mempertikaikan hak-hak tersebut kerana ketika perlembagaan ini diwujudkan, semua perkara dipersetujui oleh semua pihak dan kaum. Selain itu, Piagam Madinah merupakan Perlembagaan Islam yang sangat bagus kerana memperkenalkan konsep perpaduan antara umat Islam dengan bukan Islam yang pertama di dunia. Perlembagaan Malaysia perlu selari dan mengikut konsep yang diperkenalkan oleh Piagam Madinah kerana Malaysia merupakan negara Islam yang perlu berlandaskan al-Quran as-Sunnah.
Jurang ekonomi antara faktor perpecahan kaum. Hal ini sudah terjadi pada zaman dahulu lagi apabila pekerjaan ketiga-tiga kaum berbeza dan dipisahkan seperti Melayu bekerja di kampung, India di ladang getah dan Cina pula di kawasan perlombongan. Hal ini secara tidak langsung memisahkan lagi perpaduan antara kaum. Dari segi ekonomi sekarang yang boleh dikatakan dibawah penguasaan kaum Cina menjurangkan lagi perpaduan. Kita sebagai bangsa Melayu perlu sedar bahawa bangsa kita antara bangsa yang gemilang suatu ketika dahulu. Kita perlu mempertahankan setiap perkara yang ditinggalkan oleh nenek moyang kita pada zaman dahulu dan pertingkatkan lagi kemajuan ekonomi Melayu yang dikatakan kebelakang berbanding kaum-kaum lain.
Jikalau sayangkan pemimpin yang zalim kita perlu hentikan kezaliman tersebut. Lebih baik hormat kepada pemimpin yang zalim daripada kita memberontak tanpa ada pemimpin dalam sesebuah negara kerana keadaan akan lebih kucar kacir kerana semua mahu menjadi ketua. Dari segi kepimpinan Malaysia, jikalau kita mahu jatuhkan Perdana Menteri terkini dan mahukan pemimpin yang lain sekalipun, sistem Malaysia akan terus begitu kerana kepimpinan berbeza tetapi sistem akan kekal begitu. Demokrasi adalah instrument tetapi akidah kita haruslah sentiasa Islam dan kekuasaan segalanya adalah milik Allah.
Dalam aspek libral dan sekular, jasad kita yang akan menentukan keadaan roh kita dan makanan bagi roh adalah kekuatan agama iaitu mentauhidkan Allah. Syaitan akan cuba merosakkan hati umat Islam dan tentera syaitan contohnya libral dan sekular akan menggalakkan lagi anti-tuhan. Dari segi ekonomi kita harus yakin bahawa Allah yang menetukan rezeki kita. Sebagai umat Islam harus bergantung dan berdoa agar Allah meluaskan rezeki kita. Dalam mencari nur Allah, kita perlu banyakkan selawat, cari guru yang boleh bombing hati kita dan rajinkan diri pergi majlis- majlis ilmu agama. Islam merupakan agama ynag murni dan seimbang. Oleh itu, dalam hubungan sosial perlu Wasatiyyah agar perpaduan terbentuk dan menjaga kestabilan sesebuah negara.
Sekian, terima kasih
Assalamualaikum w.b.t
Izzatul Nailah Binti Abd Latif (2014223922)
Sepanjang 12 minggu pembelajaran CTU ini, banyak refleksi dan ilmu-ilmu yang saya dapat dan secara tidak langsung banyak mengajar saya tentang perkara2 yg saya tidak tahu. Antara refleksi yg dapat saya kongsikan di blog ini adalah Al-Quran bukan untuk orang Islam sahaja tetapi juga untuk semua manusia kerana Al-Quran merupakan sumber rujukan untuk setiap keadaan manusia yang berada di muka bumi ini. Seterusnya, sentiasa bersangka baik dengan Allah kerana setiap yang berlaku pasti ada kebaikannya. Jangan kita suka mencari kesalahan orang lain kerana kesalahan orang lain itu sebenarnya ada pada kita atau akan berbalik semula kepada kita. Untuk mengenal pasti apa itu Islam maka kenal lah dengan Rasulullah SAW. Kita masuk ke syurga sepatutnya bukan kerana keindahan syurga semata-semata tetapi kerana ingin berjumpa dengan Rasulullah SAW di syurga. Tidak lupa juga mengenai sesetengah individu yang mengecam PM kita kerana corak pentadbirannya tetapi janganlah sehingga kita tidak berlaku adil kepadanya seperti membenci atau membencinya kerana apa jua yang dilakukan bukan semua keputusan dibuat olehnya sendiri. Kita sepatutnya lebih mendoakan PM kita.
Orang melayu terdahulu tidak pernah ada yang murtad walaupun pelbagai agama telah wujud jadi kita sepatutnya dapat mencontohi semangat mereka dalam menganuti agama dengan lebih mendalam dan tidak sepatutnya mudah terikut dengan agama lain. Tidak ada agama lain yang sempurna dan seindah agama ISLAM. Sejarah amat penting kerana kita dapat mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Melayu jadi kita sepatutnya lebih banyak mengkaji dan membaca semula mengenai sejarah Melayu dan supaya kita dapat berbangga dengan Melayu. Kita juga perlu rasa terhutang budi dengan nenek moyang kita kerana memperjuangkan Melayu suatu ketika dahulu dan akhirnya sehingga kini Melayu kekal.
Seterusnya, mengenai kita lahir2 sahaja sudah perlu solat, puasa tanpa tahu akidah sebenar jadi kita perlu mantapkan akidah dalam diri kita supaya kita lebih merasai kemanisan dalam beribadah. Kita hendaklah melangsaikan segala hutang yang ada dan selesaikan segala masalah dengan manusia supaya semua nya selesai di dunia tanpa perlu dibawa ke akhirat dan mendapat azab yang pedih. Amalkan selawat selalu kerana berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW mempunyai banyak kelebihannya. Sebelum belajar juga digalakkan juga selawat dan juga hadiahkan al-fatihah kepada nabi Muhammad SAW, keluarga nabi, sahabat, guru dan ibu bapa kerana dapat memudahkan ilmu masuk. Cara mudah untuk dapat ilmu ialah bukan dengan cara membaca sahaja tetapi kita perlu bersihkan hati terutamanya mengenai bersangka buruk dengan Allah. Kita juga perlu yakin bahawa segala-galanya datang daripada Allah, jadi tidak perlu risau tentang rezeki dan semakin banyak kita memberi @ menolong orang lain dalam keadaan kita juga susah semakin banyak Allah memberi rezeki kepada kita. Untuk menjaga jiwa, kita perlu elakkan negative thought yang ada dalam diri kita. Antara caranya ialah dengan senaraikan semua perkara negative pd diri kita cthnya hasad dngki @ iri hati pd orang lain, dalam masa sebulan cuba eliminate kan 1 dan setiap hari sebelum tidur perlu buat progress kejayaan tentang apa yang dapat buat pada hari tersebut. Kita juga perlu muhasabah diri sebelum tidur mengenai hari ini lebih baik daripada hari semalam.
Sekian, terima kasih ((
Assalamualaikum w.b.t.
Hazrina Binti Khairudin (2014203798)
Syukur Alhamdulillah ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya saya, Hazrina binti Khairuddin serta rakan-rakan sekelas telah berjaya menghabiskan semua topik pembelajaran CITU 500 pada kali ini. Terima kasih juga kepada pesyarah CITU bagi kelas kami, iaitu Ustazah Mahfuzah binti Mohd Zabidi kerana telah mencurahkan pelbagai ilmu dunia dan akhirat kepada kami semua. Semoga segala titik peluh dan ilmu yang diberikan diberkati oleh Allah atas usaha berkat kesungguhan ustazah mengajar dan juga ketekunan kami semua di dalam kelas. Sepanjang pembelajaran di dalam kelas selama 12 minggu, pelbagai ilimu yang saya perolehi. Tidak kiranya sama ada ilmu ketika hidup didunia, ilmu akhirat dan juga ilmu alam roh sejak azali. Pada masa yang sama, minda saya dibuka untuk memahami apa itu sejarah masa lalu negara kita Malaysia serta pemasalahan yang berlaku di negara dan seluruh dunia. Hal ini secara tidak langsung membuka mata saya untuk sedar akan kedudukan negara kita pada masa ini. Lebih-lebih lagi, bagi topik pembentangan saya dan ahli kumpulan yang lain iaitu kumpulan Az-Zahra telah menghuraikan topik mengenai Islam dan hubungan etnik. Di Malaysia, terdapat tiga jenis etnik utama iaitu masyarakat Melayu, Cina dan India. Tetapi, bukan itu sahaja. Terdapat juga pelbagai jenis hubungan etnik yang lain dalam konteks bumiputera iaitu seperti kaum Iban, Kadazan, Senau, Dusun, Melanau, Murut, Dayak dan sebagainya. Kesemua etnik tersebut merupakan penduduk rasmi di Malaysia. Setelah dikaji dan dipelajari, kaum etnik di Malaysia mempunyai fahaman mereka yang tersendiri. Adakalanya, mereka semua saling bekerjasama, saling hormat-menghormati dan saling sayang menyayangi. Tetapi, pada masa yang sama terdapat juga pemasalahan antara mereka semua seperti diskriminasi, salah faham dan juga pemberontakan mengenai keadilan. Mereka semua hanya mengejar kemewahan dan keadilan kehidupan didunia. Sebagai umat Islam, kita harusnya memahami ilmu akhirat dan mengejar kebahagiaan kehidupan abadi di syurga. Ketenangan hati yang diperoleh adalah daripada redha Allah. Sekiranya kita melakukan sesuatu perkara tanpa redha Allah, hati akan menjadi tidak tenang serta sentiasa merasa seolah-olah kehidupan kita adalah huru-hara tanpa melihat jalan yang lurus. Selain itu, hasil daripada pembelajaran di dalam kelas ini juga saya mempelajari bahawa sebagai salah seorang rakyat di Malaysia, kita seharusnya menjalinkan hubungan yang baik sesama manusia. Tidak kiralah sama ada sesama bangsa mahupun berlainan bangsa. Semua manusia adalah sama disisi Allah, yang membezakan kita semua hanyalah ketaqwaan kepada-Nya.
Assalamualaikum w.b.t
Najaa Wahida Binti Rosly (2014434798)
2. Semasa pemerintahan british kita dapat mengetahui bagaimana pembahagian yang dilakukan terhadap bangsa dalam Negara kita tetapi ini tidak menjadi penghalang untuk kita menjaga perpaduan kaum dalam Negara. Hal ini adalah kerana prpaduan menjadi tonggak utama dalam keamanan sesebuah negara.3. Sebagai seorang melayu yang beragama islam, kita hendaklah bangga menjadi bangsa melayu yang banyak mencatatkan sejarah awal pemerintahan islam di nusantara. Oleh itu kita perlu melidungi hak kita sebagai pemilik kepada tanah air ini. Selain itu, kita perlulah menambahkan ilmu pengetahuan tentang hak-hak setiap bangsa dan undang-undang dalam Negara ini adalah bagi memastikan setiap ilmu kewarganegaraan diketahui oleh semua pihak.4. Arus modenisasi dalam Negara haruslah perlu diseimbangkan mengikut cara islam. Pemodenan tidak salah tetapi tidaklah mengikut kebaratan. Hal ini kerana, pembaratan melebihkan kepada materialistic.5. Politik dalam Negara penting untuk diketahui oleh setiap rakyatnya. Hal ini kerana, setiap perubahan yang berlaku adalah kesan dari pemilihan rakyatnya kepada pemimpin dimana Negara kita mengamalkan demokrasi dengan pemilihan calon dalam pemerintahan. Kita harus sedar yang politik dalam Negara Islam mestilah mengikut pemerintahan islam yang dimana setiap dari pemerintahan mempunyai rujukan yang berpandukan Al-Quran, Al-Sunnah, Ijma’ dan Qiyas.6. Segrerasi memberikan impak negative dalam Negara. Hal ini kita dapat ketahui apabila berlakunya perpecahan antara kaum jadi memupuk integrasi amatlah penting. Kita sebagai rakyat adalah penggerak utama dalam perpaduan. Perpaduan dapat dipupuk dengan menjalinkan perhubungan baik dengan kaum-kaum lain di Malaysia.7. Menentukan hak bangsa melayu mestilah bermula dari kaum melayu sendiri. Kita harus sedar yang Negara kita duduki juga mempunyai banga lain. Perhubungan baik antara kaum mestilah dijaga dan tidaklah kita merasa dengan hak yang ada kita mampu kekalkan tanpa wujudkan persetujuan dan perhubungan baik dengan kaum lain8. Dalam sebuah Negara yang pelbagai kaum kita harus sedar akan keamanan yang ada sekarang bermula dari perpaduan antara kaum. Perpaduan ini wujud apabila adanya nilai-nilai murni dalam perhubungan antara kaum. Nilai-nilai kemasyarakatan haruslah diterapkan dalam semua kaum dan bangsa lain haruslah menghormati kaum lain sebagaimana mereka menghormmati kaum meraka sendiri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan