Soalan 1: Jelaskan konsep perlembagaan
-
Apakah yang dimaksudkan dengan
perlembagaan?
Perlembagaan ialah satu set peraturan tentang
hak, kuas dan prosedur serta tanggungjawab pihak yang mengawal dengan memandu
hubungan di antara satu autoriti dengan autoriti yang lain dan juga autoriti
dengan rakyat awam.
-
Apakah komponen utama yang
terkandung dalam perlembagaan?
Komponen utama yang terkandung dalam
perlembagaan ialah agama Islam sebagai agama rasmi, kedudukan istimewa
Raja-Raja Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak dan bahasa melayu sebagai
bahasa kebangsaan.
Soalan 2:
Mengapakah perlembagaan penting?
Perlembagaan menjadi pokok utama untuk
menjamin kesinambungan pentadbiran dan kestabilan politik. Ia menjamin
pentadbiran yang cekap, jujur, ikhlas, telus dan adil serta manjamin taat setia
rakyat yang tidak berbelah bahagi kepada negara
-
Apakah peranan dan fungsi
perlembagaan bagi sesebuah negara?
Antara fungsi perlembagaan di sesebuah negara
ialah, perlembagaan menjaga kestabilan dan kesihatan dalam sebuah negara kerana
semua hal mengenai cara pemerintahan sebuah negara sudah termaktub dalam
perlembagaan. Ini akan mencegah kedua - dua pihak daripada bertindak sesuka
hati. Jadi, dengan adanya perlembagaan sebuah negara dapat diperintah secara
tersusun, adil dan bertanggungjawab. Perlembagaan adalah penting untuk
mewujudkan suatu rangka politik, ekonomi dan sosial yang dapat memudahkan
perpaduan nasional dan pembangunan negara. Perlembagaan membolehkan kepentingan
semua kaum di negara Malaysia dilindungi. Perlembagaan Malaysia menyentuh
bidang kuasa eksekutif, legislative, kehakiman, kedudukan agama Islam,
kewarganegaraan, bahasa kebangsaan, kedudukan istimewa orang Melayu, bumiputera
Sabah dan Sarawak dan lain - lain.
Soalan 3:
Apakah yang dimaksudkan dengan ketertinggian perlembagaan?
Perlembagaan adalah sumber undang-undang
tertinggi sesebuah negara. Perlembagaan menjadi punca kepada semua
undang-undang sama ada sedia ada atau
yang bakal digubal. Semua undnag-undang yang ada tidak boleh bertentengan
dengan perlembagaan. Walaupun YDPA merupakan ketua negara, baginda juga
tertakluk kepada perlembagaan. Sebarang undang-undang yang bercanggah dengan
perlembagaan akan terbatal setakat mana yang bercanggah sahaja.
Soalan 4:
Analisa perbezaan ciri-ciri utama bagi gagasan perlembagaan berikut:
Malayan Union
|
Persekutuan Tanah
Melayu 1948
|
Perlembagaan
Malaysia 1963
|
|
Kedudukan Raja
Melayu
|
Kedudukan Raja-Raja
Melayu dihapuskan
|
Raja-Raja Melayu sebagai ketua Negeri-Negeri Melayu diakui semula
|
Raja-Raja Melayu
menjadi ketua agama bagi negeri-negeri yang mempunyai Raja dan kuasa Raja
dikekalkan
|
Agama Islam
|
Soal agama Islam tidak
diganggu
|
Agama Islam dikekalkan
|
Agama Islam sebagai
agama rasmi
|
Kedudukan
Negeri-Negeri Melayu
|
Negeri Melayu
Bersekutu, Negeri Melayu tidak Bersekutu dan dua Negeri Selat iaitu Pulau
Pinang dan Melaka disatukan
|
11 buah negeri dan
sebuah persekutuan disatukan
|
Semua negeri Melayu
disatukan dengan Negeri-Negeri Selat serta Singapura tapi pada 1965 Singapura
keluar Malaysia.
|
Kerakyatan/
kewarganegaraan
|
Kerakyatan sama rata
berasaskan prinsip jus soli
|
Syarat kerakyatan
diperketatkan
|
Syarat untuk menjadi
warganegara Malaysia berdasarkan kuatkuasa undang-undang, pendaftaran,
naturalisasi/kemasukan dan penggabungan wilayah
|
Ketua Pentadbiran
Negeri
|
Gabenor British
|
Pesuruhjaya Tinggi
British
|
Yang di-Pertuan Agong
dengan nasihat Perdana Menteri
|
Keistimewaan Orang
Melayu Dan Bumiputera
|
Hak
kerakyatan yang sama bagi semua orang tanpa mengira bangsa dan keturunan
|
Hak dan keistimewaan
orang Melayu dijaga
|
Hak
dan kedudukan istimewa orang-orang Melayu
dikekalkan
|
Buat kesimpulan tentang 3 sebab utama penolakan utama orang Melayu
terhadap Malayan Union?
Sebab utama penolakan orang Melayu terhadap
Malayan Union kerana hak kerakyatan yang sama bagi semua orang tanpa mengira
bangsa dan keturunan telah diberikan menyebabkan orang Melayu terpaksa menerima
orang bukan Melayu. Selain itu, Malayan Union telah menghapuskan kedaulatan
Raja-Raja Melayu dimana Raja-Raja Melayu telah hilang kuasa sebagai pemerintah.
Malayan union juga telah menjadikan semua negeri Melayu kecuali Singapura
disatukan di bawah pemerintahan Gabenor British.
Soalan 5:
Lengkapkan jadual di bawah mengenai unsur tradisi dalam Perlembagaan
Malaysia
Unsur Tradisi
|
Penerangannya
|
Rasional
|
Perkara Imbangan
|
Pemerintahan Beraja
|
Raja sebagai pemerintah
tertinggi
|
Mengikut peruntukkan
dalam perlembagaan Malaysia apabila yang Yang Dipertuan Agong bertindak
berdasarkan perlembagaan dan nasihat Perdana Menteri
|
Yang Di Pertuan Agong
dipilih daripada kalangan negeri beraja Melayu daripada 9 buah negeri secara
bergilir - bergilir
|
Islam sebagai Agama
Persekutuan
|
Agama Islam adalah
agama rasmi Persekutuan tetapi agama lain juga bebas diamalkan
|
- Walaupun Islam adalah
agama rasmi Persekutuan tetapi kebebasan beragama dijamin dalam perlembagaan.
- Islam telah diterima
sejak zaman Kesulatanan Melayu Melaka sehingga zaman penjajahan Inggeris.
|
- Perkara 3 Perlembagaan
Malaysia diimbangi dengan perkara 11
- tiap-tiap orang
berhak menganuti dan mengamalkan agama masing-masing.
|
Bahasa Melayu
sebagai Bahasa Rasmi
|
Bahasa Melayu merupakan
bahasa kebangsaan tetapi agama lain juga bebas
|
- Perlunya bahasa
kebangsaan bagi menyatupadukan rakyat pelbagai kaum.
- Bahasa Melayu telah
menjadi lingua franca di Nusantara sejak berabad lamanya.
|
- Perkara 152 dalam
Perlembagaan Malaysia
- Tiada siapa pun
dilarang daripada menggunakan (selain dari maksud bahasa rasmi) atau mengajar
atau belajar apa-apa bahasa lain.
|
Kedudukan Istimewa
Orang Melayu
|
Kedudukan istimewa
orang Melayu dilindungi dan diberikan kepada kaum bumiputera Sabah dan
Sarawak
|
- orang melayu terima
prinsip Jus Soli dan bukan Melayu perlu menerima hakikat hak keistimewaan
orang Melayu
|
- Perkara 153 dalam
Perlembagaan Malaysia
-
|
-
Apakah persamaan dan perbezaan?
Perlembagaan Malaysia
|
Piagam Madinah
|
|
Sumber
|
Perlembagaan
bertulis
|
Al-Quran
|
Tujuan
|
Sumber
undang-undang tertinggi
|
Memperkenalkan
konsep hubungan perpaduan antara umat Islam dan bukan Islam pertama di dunia
|
Hak pemerintah
|
||
Hak rakyat
|
Semua orang
adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang
sama rata di sisi undang-undang
|
Orang Yahudi
yang menyertai orang Islam hendaklah mendapatkan pertolongan dan pimpinan
dengan tidak menzalimi mereka
|
Tanggungjawab pemerintah
|
Untuk
memerintah dengan adil, memberi hak-hak asasi rakyat tanpa kezaliman
|
Memerintah
dengan adil dan memberi penghormatan kepada Islam dan bukan Islam
|
Tanggungjawab rakyat
|
Rakyat bebas
bersuara dalam memperolehi hak-hak asasi rakyat dan keamanan negara
|
Menghormati
pemerintah dan bersuara berlandaskan al-Quran dan Sunnah
|
Hubungan dengan bukan Islam
|
Menjaga
hubungan yang baik dengan bukan Islam dan tidak melakukan sebarang aktiviti
yang berunsurkan rasis terhadap kaum
|
Tidak
menzalimi orang bukan Islam dan sentiasa membantu jika memerlukan pertolonga
serta tidak menindas mereka
|