Ahad, 20 Disember 2015

Latihan CTU: Perlembagaan Malaysia dalam Konteks Hubungan Etnik NOVEMBER 2015

Bab 3:  Perlembagaan Malaysia dalam Konteks Hubungan Etnik
NOVEMBER 2015

Soalan 1:  Jelaskan konsep perlembagaan
-          Apakah yang dimaksudkan dengan perlembagaan?

Perlembagaan ialah satu set peraturan tentang hak, kuas dan prosedur serta tanggungjawab pihak yang mengawal dengan memandu hubungan di antara satu autoriti dengan autoriti yang lain dan juga autoriti dengan rakyat awam.

-          Apakah komponen utama yang terkandung dalam perlembagaan?

Komponen utama yang terkandung dalam perlembagaan ialah agama Islam sebagai agama rasmi, kedudukan istimewa Raja-Raja Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak dan bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Soalan 2:  Mengapakah perlembagaan penting?
Perlembagaan menjadi pokok utama untuk menjamin kesinambungan pentadbiran dan kestabilan politik. Ia menjamin pentadbiran yang cekap, jujur, ikhlas, telus dan adil serta manjamin taat setia rakyat yang tidak berbelah bahagi kepada negara
-          Apakah peranan dan fungsi perlembagaan bagi sesebuah negara?
Antara fungsi perlembagaan di sesebuah negara ialah, perlembagaan menjaga kestabilan dan kesihatan dalam sebuah negara kerana semua hal mengenai cara pemerintahan sebuah negara sudah termaktub dalam perlembagaan. Ini akan mencegah kedua - dua pihak daripada bertindak sesuka hati. Jadi, dengan adanya perlembagaan sebuah negara dapat diperintah secara tersusun, adil dan bertanggungjawab. Perlembagaan adalah penting untuk mewujudkan suatu rangka politik, ekonomi dan sosial yang dapat memudahkan perpaduan nasional dan pembangunan negara. Perlembagaan membolehkan kepentingan semua kaum di negara Malaysia dilindungi. Perlembagaan Malaysia menyentuh bidang kuasa eksekutif, legislative, kehakiman, kedudukan agama Islam, kewarganegaraan, bahasa kebangsaan, kedudukan istimewa orang Melayu, bumiputera Sabah dan Sarawak dan lain - lain.

Soalan 3:  Apakah yang dimaksudkan dengan ketertinggian perlembagaan?
Perlembagaan adalah sumber undang-undang tertinggi sesebuah negara. Perlembagaan menjadi punca kepada semua undang-undang sama ada sedia ada  atau yang bakal digubal. Semua undnag-undang yang ada tidak boleh bertentengan dengan perlembagaan. Walaupun YDPA merupakan ketua negara, baginda juga tertakluk kepada perlembagaan. Sebarang undang-undang yang bercanggah dengan perlembagaan akan terbatal setakat mana yang bercanggah sahaja.


Soalan 4:  Analisa perbezaan ciri-ciri utama bagi gagasan perlembagaan berikut:

Malayan Union
Persekutuan Tanah Melayu 1948
Perlembagaan Malaysia 1963
Kedudukan Raja Melayu
Kedudukan Raja-Raja Melayu dihapuskan
Raja-Raja Melayu sebagai ketua Negeri-Negeri Melayu diakui semula

Raja-Raja Melayu menjadi ketua agama bagi negeri-negeri yang mempunyai Raja dan kuasa Raja dikekalkan
Agama Islam
Soal agama Islam tidak diganggu
Agama Islam dikekalkan
Agama Islam sebagai agama rasmi
Kedudukan Negeri-Negeri Melayu
Negeri Melayu Bersekutu, Negeri Melayu tidak Bersekutu dan dua Negeri Selat iaitu Pulau Pinang dan Melaka disatukan

11 buah negeri dan sebuah persekutuan disatukan
Semua negeri Melayu disatukan dengan Negeri-Negeri Selat serta Singapura tapi pada 1965 Singapura keluar Malaysia.
Kerakyatan/
kewarganegaraan
Kerakyatan sama rata berasaskan prinsip jus soli

Syarat kerakyatan diperketatkan
Syarat untuk menjadi warganegara Malaysia berdasarkan kuatkuasa undang-undang, pendaftaran, naturalisasi/kemasukan dan penggabungan wilayah
Ketua Pentadbiran Negeri
Gabenor British
Pesuruhjaya Tinggi British
Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat Perdana Menteri
Keistimewaan Orang Melayu Dan Bumiputera
Hak kerakyatan yang sama bagi semua orang tanpa mengira bangsa dan keturunan
Hak dan keistimewaan orang Melayu dijaga
Hak dan kedudukan istimewa orang-orang Melayu  dikekalkan

Buat kesimpulan tentang  3  sebab utama penolakan utama orang Melayu terhadap Malayan Union?
Sebab utama penolakan orang Melayu terhadap Malayan Union kerana hak kerakyatan yang sama bagi semua orang tanpa mengira bangsa dan keturunan telah diberikan menyebabkan orang Melayu terpaksa menerima orang bukan Melayu. Selain itu, Malayan Union telah menghapuskan kedaulatan Raja-Raja Melayu dimana Raja-Raja Melayu telah hilang kuasa sebagai pemerintah. Malayan union juga telah menjadikan semua negeri Melayu kecuali Singapura disatukan di bawah pemerintahan Gabenor British.



Soalan 5:  Lengkapkan jadual di bawah mengenai unsur tradisi dalam Perlembagaan Malaysia
Unsur Tradisi
Penerangannya
Rasional
Perkara Imbangan
Pemerintahan Beraja
Raja sebagai pemerintah tertinggi
Mengikut peruntukkan dalam perlembagaan Malaysia apabila yang Yang Dipertuan Agong bertindak berdasarkan perlembagaan dan nasihat Perdana Menteri
Yang Di Pertuan Agong dipilih daripada kalangan negeri beraja Melayu daripada 9 buah negeri secara bergilir - bergilir
Islam sebagai Agama Persekutuan
Agama Islam adalah agama rasmi Persekutuan tetapi agama lain juga bebas diamalkan
- Walaupun Islam adalah agama rasmi Persekutuan tetapi kebebasan beragama dijamin dalam perlembagaan.
- Islam telah diterima sejak zaman Kesulatanan Melayu Melaka sehingga zaman penjajahan Inggeris.
- Perkara 3 Perlembagaan Malaysia diimbangi dengan perkara 11
- tiap-tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agama masing-masing.

Bahasa Melayu sebagai Bahasa Rasmi
Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan tetapi agama lain juga bebas
- Perlunya bahasa kebangsaan bagi menyatupadukan rakyat pelbagai kaum.
- Bahasa Melayu telah menjadi lingua franca di Nusantara sejak berabad lamanya.
- Perkara 152 dalam Perlembagaan Malaysia
- Tiada siapa pun dilarang daripada menggunakan (selain dari maksud bahasa rasmi) atau mengajar atau belajar apa-apa bahasa lain.
Kedudukan Istimewa Orang Melayu
Kedudukan istimewa orang Melayu dilindungi dan diberikan kepada kaum bumiputera Sabah dan Sarawak
- orang melayu terima prinsip Jus Soli dan bukan Melayu perlu menerima hakikat hak keistimewaan orang Melayu
- Perkara 153 dalam Perlembagaan Malaysia
-

Soalan 6: Perbandingan antara Perlembagaan Malaysia dan Piagam Madinah (dalam bentuk jadual)
-          Apakah persamaan dan perbezaan?

Perlembagaan Malaysia
Piagam Madinah
Sumber
Perlembagaan bertulis
Al-Quran
Tujuan
Sumber undang-undang tertinggi
Memperkenalkan konsep hubungan perpaduan antara umat Islam dan bukan Islam pertama di dunia
Hak pemerintah


Hak rakyat
Semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undang-undang
Orang Yahudi yang menyertai orang Islam hendaklah mendapatkan pertolongan dan pimpinan dengan tidak menzalimi mereka
Tanggungjawab pemerintah
Untuk memerintah dengan adil, memberi hak-hak asasi rakyat tanpa kezaliman
Memerintah dengan adil dan memberi penghormatan kepada Islam dan bukan Islam
Tanggungjawab rakyat
Rakyat bebas bersuara dalam memperolehi hak-hak asasi rakyat dan keamanan negara
Menghormati pemerintah dan bersuara berlandaskan al-Quran dan Sunnah
Hubungan dengan bukan Islam
Menjaga hubungan yang baik dengan bukan Islam dan tidak melakukan sebarang aktiviti yang berunsurkan rasis terhadap kaum
Tidak menzalimi orang bukan Islam dan sentiasa membantu jika memerlukan pertolonga serta tidak menindas mereka



Tiada ulasan:

Catat Ulasan